To use this site, please enable Javascript.
09.04.2021 - 00:18 | source: Transfermarkt.my | Reading Time: 2 mins
Liga Malaysia 

Perlu atau tidak untuk fokus nilai pasaran pemain Liga Malaysia?

Bagi kelab-kelab di Eropah nilai pemain adalah sangat penting bagi mereka yang ingin membeli dan menjual pemain kerana itu adalah salah satu pendapatan utama bagi kelab mereka dan salah satu cara untuk menilai pemain itu berbaloi untuk dibeli ataupun dijual.


Namun apabila melihat kepada Liga Malaysia, adakah perlu bagi mereka untuk memandang serius industri penjualan pemain? Bagi pendapat Faqrul Asyraf, pengurus kawasan Malaysia mengwujudkan industri penjualan pemain adalah perlu dipandang dan dibincangkan kerana ia dapat membantu kelab-kelab di Malaysia menjana pendapatan dan mereka (pengurusan kelab) memandang lebih serius untuk menilai sesebuah pemain untuk dimasukkan ke kelab mereka dan bukan sekadar ‘tangkap muat’ sahaja.


Sebagai contoh Atletico Madrid, mereka telah menjana pendapatan dari hasil penjualan pemain sebanyak €952 juta (RM 4,673,288,072.00) sejak 2010 antara penjualan yang dilakukan adalah dengan menjual Antoine Griezmann ke Barcelona, Lucas Hernandez ke Bayern Munich dan Rodri ke Manchester City.


Market Value
Antoine Griezmann
A. Griezmann Second Striker
60.00 m €


Market Value
Lucas Hernández
L. Hernández Left-Back
45.00 m €


Market Value
Rodri
Rodri Defensive Midfi
70.00 m €


Selain itu, pengurusan kelab juga akan memandang lebih serius soal untuk membeli seseorang pemain itu kerana pemain adalah pelaburan terpenting dalam bola sepak profesional dari perspektif sukan dan perspektif perniagaan.


Dari sudut perspektif sukan, seseorang pemain dinilai dari segi prestasi, umur, keperluan dalam taktikal dan impak kepada pasukan, jika kelab membuat keputusan dengan membeli pemain tanpa mengkaji dengan baik tentang pemain itu ia akan boleh mendatangkan masalah kepada pasukan dan pengurusan kerana ia melibatkan prestasi dan kewangan kelab itu sendiri.


Dari sudut perniagaan pula, kemasukan seseorang pemain itu dapat mempengaruhi jualan jersi, kemasukan penonton ke stadium dan nilai komersil kepada penaja, Manchester United melalui penaja mereka Adidas telah mengeluarkan jersi khas 'Pogba 6' di belakang dan telah membuat mereka menjana keuntungan hampir 200 juta pound (RM 1,135,530,380.00). Untuk pengetahuan anda juga, 51 peratus pendapatan United datang dari nilai komersil mereka.



Konklusinya, jika di Malaysia kita mampu untuk memandang serius tentang hal ini sudah pasti ia dapat membantu kelab untuk menjana pendapatan yang lebih dan menjimatkan kewangan dengan menjual atau membeli pemain.

Homepage  
Safawi Rasid
Date of Birth/Age: 05.03.1997 (24)
Nat.:  Malaysia
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: 30/11/2022
Position: Right Winger
Market Value: 200 k €
Baddrol Bakhtiar
Date of Birth/Age: 01.02.1988 (33)
Nat.:  Malaysia
Current club: Kedah Darul Aman FC
Contract until: -
Position: Central Midfiel
Market Value: 300 k €
Johor Darul Ta'zim
Total Market Value: 6.00 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 1.
Manager: Benjamin Mora
Squad size: 30
Latest Transfer: Bérgson
Kedah Darul Aman FC
Total Market Value: 2.98 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 3.
Manager: Aidil Sharin
Squad size: 27
Latest Transfer: Fandi Othman