Sabah inginkan khidmat bekas penyerang JDT, Jorge Pereyra Diaz.
Menurut laporan Stadium Astro, ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berhasrat untuk membawa kembali penyerang itu ke saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut beliau, corak permainan Diaz sesuai untuk takitikal yang Kurniawan terapkan di pasukan Sabah. Beliau juaga berkata “Kami perlu adakan kesepakatan dengan secepat mungkin agar dia boleh datang dengan segera,” kata jurulatih dari Indonesia kepada Stadium Astro.
Jorge Pereyra Diaz pernah menyarung jersi JDT sebelum pulang ke Argentina untuk menyertai kelab Atlético Lanús namum jodohnya bersama kelab itu tamat pada Januari 2019 dan beliau beralih angin membuat penampilan di Kelab Bolivar (Bolivia) seterusnya ke CD San Marcos de Arica (Chile).
Di CD San Marcos de Arica, Diaz membuat 26 penampilan dan telah menjaringkan sebanyak 5 gol di kelab itu, berjayakah Sabah FC untuk menyakinkan Diaz menyertai bersama dengan kelab itu dan menentang kelab lamanya JDT.

Nat.:

Current club: Club Atlético Platense
Contract until: 31/12/2021
Position: Right Winger
Market Value: 600 k €

Competition: Malaysia Super League
Position: 2.
Manager: Kurniawan Dwi Yulianto
Squad size: 30
Latest Transfer: Saddil Ramdani