Barcelona berminat mendapatkan Aguero dan Alaba
Barcelona dilihat cuba untuk membawa masuk pemain sensasi Manchester City, Sergio Aguero dan pemain pertahanan Bayern Munich, David Alaba secara percuma pada perpindahan musim panas ini.
[SpielerMW=26399
Aguero yang dijangka akan meninggalkan City selepas 10 tahun bermain bersama kelab itu, beliau juga menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang dengan 256 gol dan menjulang gelaran Liga Perdana sebanyak 4 kali ketika kariernya berada di kemuncak.
Walau bagaimanapun, Selepas mengalami kecederaan, pemain itu bergelut dengan prestasinya dan dia sudah hampir setahun kemarau menjaringkan gol di Liga Perdana.
Menurut sebuah portal sukan sepanyol Mundo Deportivo, Barcalona melihat Aguero adalah penganti yang sesuai untuk menggantikan Luis Suarez yang telah berpindah ke Atletico Madrid.
ALABA JUGA BERADA DALAM RADAR BARCA
Alaba juga merupakan sasaran Barcelona kerana dikhabarkan kontrak yang bersama Bayern akan tamat pada musim panas ini, Barcelona yang dibawah pengurus baru, Ronald Koeman berminat dengan pemain pertahanan itu yang mampu bermain di sebelah kiri dan tengah.
Pemain berusia 28 tahun itu telah menjadi pemain bukan pilihan Bayern musim ini apabila hanya melakukan 16 penampilan di Bundesliga, tetapi perpindahan beliau bergantung kepada Joan Laporta, bakal presiden kelab baru Bacelona.

Nat.:


Current club: Manchester City
Contract until: 30/06/2021
Position: Centre-Forward
Market Value: 35.00 m €

Nat.:

Current club: Bayern Munich
Contract until: 30/06/2021
Position: Centre-Back
Market Value: 55.00 m €

Nat.:

Current club: FC Barcelona
Contract until: 30/06/2022
In charge since: 19/08/2020
Competition: LaLiga
Position: 2.
Manager: Ronald Koeman
Squad size: 28
Latest Transfer: Óscar Mingueza