Pasang papan iklan LED dan 'bucket seat' di Stadium Likas langkah pertama Sabah FC
Pendatang baru dalam Liga Super Malaysia, Sabah FC semalam telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menaiktaraf beberapa kemudahan di Stadium Likas untuk mempertingkatkan nilai komersil kelab itu.
Melalui laman sosial Facebook rasmi mereka Sabah Football Club telah dikemaskini semalam, Sabah FC telah memasang papan iklan LED di padang dan menggunakan ‘bucket seat’ di ruang bangku simpanan bagi menaiktaraf fasiliti stadium.
Sedikit pembaharuan di Stadium Likas sebelum perlawanan menentang pasukan JOHOR Southern Tigers pada hari Selasa...
Posted by Sabah Football Club on Sunday, April 4, 2021
Ini memperlihatkan bahawa pengurusan Sabah FC sudah mula mengambil serius untuk menarik ramai lagi pelabur dan penaja untuk berkerjasama dengan kelab itu.=
Sabah FC kini di bawah kendalian Kurniawan Dwi Yulianto berada di kedudukan ke-8 di dalam Liga Super Malaysia 2021 dengan mengumpul 5 mata.

Competition: Malaysia Super League
Position: 9.
Manager: Kurniawan Dwi Yulianto
Squad size: 38
Latest Transfer: Saddil Ramdani