Untuk menggunakan laman web ini, sila aktifkan Javascript.
26.01.2021 - 14:32 | source: https://selangorfc.com/en/news | Reading Time: 2 mins
Selangor FC
Oliver Buff
Selangor umum pemain baru 

Oliver Buff perkuat pasukan Selangor untuk musim hadapan

Selangor FC sebuah kelab gergasi yang berpengkalan di Malaysia mengumumkan Oliver Buff sebagai pemain import terbaru The Red Giants bagi menghadapi musim 2021.


Market Value
Oliver Buff
O. Buff Attacking Midfi
325 k €


Pemain yang berasal dari Switzerland ini pernah mewakili pasukan U-15 hingga skuad U-21 dan bermain dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik 2012 di London. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang memenangi juara Piala Dunia U-17 pada tahun 2009.



Beliau juga adalah salah satu tunjang penting dalam kejayaan FC Zürich dengan membantu kelabnya menjulang Piala Swiss selama dua musim berturut-turut pada musim 2013-2014 dan 2015-2016


Selangor FC merupakan kelab Asia pertama untuk Oliver dan dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mengembangkan karier bola sepaknya.


Oliver menyatakan dalam laman rasmi web Selangor FC bahawa beliau mendapat panggilan dari ejennya mengenai  projek di Malaysia dengan Selangor FC dan Oliver juga berkesempatan untuk berbincang dengan ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, dan Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner mengenai rancangan mereka.


Dari minit pertama saya benar-benar yakin bahawa saya ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Merah Kuning, "kata Oliver mengenai alasan mengapa dia memilih Selangor FC.


"Rancangan Selangor FC untuk kembali ke zaman kegemilangan telah meyakinkan saya bahawa ini akan menjadi tempat terbaik untuk saya mengembangkan karier bola sepak saya di negara yang indah ini," kata Oliver ketika ditemubual.


 


 

Homepage  
Oliver Buff
Date of Birth/Age: 03.08.1992 (29)
Nat.:  Switzerland
Current club: Selangor FC
Contract until: 30/11/2023
Position: Attacking Midfi
Market Value: 325 k €
Karsten Neitzel
Date of Birth/Age: 17.12.1967 (53)
Nat.:  Germany
Current club: Selangor FC


In charge since: 01/12/2020
Selangor FC
Total Market Value: 3.49 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 5.
Manager: Karsten Neitzel
Squad size: 32
Latest Transfer: Alex Agyarkwa