Manchester United cuba mendapatkan pemain pertahanan RB Leipzig, Konate
Menurut independent.co.uk , Ole Gunnar dan United sedang dalam usaha untuk mendapatkan permain pertahanan muda kelahiran Perancis , Ibrahima Konate yang kini bermain bersama RB Leipzig di Bundesliga, German.
Konate dilihat menjadi sasaran United pada perpindahan musim panas akan datang bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk mencabar gelaran Juara Liga Perdana Inggeris. Konate yang baru berusia 21 tahun telah membuat 11 penampilan bersama skuad kebanggsaan Perancis B-21, beliau boleh dikatakan salah satu permain yang luar biasa yang telah dibawa oleh Leipzig.
Menurut Pengurus Transfermarkt Malaysia, Faqrul Asyraf "Tindakan Ole untuk mendapatkan Konate adalah tepat, walaupun United mempunyai Lindelof dan Bailly untuk digabungkan dengan Maguire, tetapi dua pemain itu bukan satu jalan penyelesaian untuk jangka masa yang panjang. Prestasi Konate pada awal musim dilihat amat baik pada awal musim, saya melihat beliau adalah pemain yang ideal untuk dipindahkan ke United. Dan saya berpendapat RB Leipzig akan menjual Konate untuk mendapat keuntungan yang besar."
United dilihat bakal mendapat persaingan kelab-kelab di England yang juga ingin mendapatkan khidmat Ibrahima Konate, antara kelab yang dikhabar berminat untuk mendapatkan Konate adalah Liverpool dan Chelsea.
Ole yang dilihat agak goyah pada awal musim telah berjaya membawa Manchester United ke tangga ke-2 di Liga Perdana Inggeris beza lima mata dengan pendahulu liga, Manchester City.
![]() |
Konrad guna 'peluang unik' dengan jurulatih Neitzel: pindah ke Selangor FC di Malaysia. |
![]() |
Haaland menyingkirkan Sancho dari takhta - FC Bayern kehilangan €50 juta |

Nat.:


Current club: RB Leipzig
Contract until: 30/06/2023
Position: Centre-Back
Market Value: 35.00 m €

Nat.:

Current club: Manchester United
Contract until: 30/06/2022
In charge since: 28/03/2019
Competition: Premier League
Position: 2.
Manager: Ole Gunnar Solskjaer
Squad size: 27
Latest Transfer: Amad Diallo