Untuk menggunakan laman web ini, sila aktifkan Javascript.
07.07.2021 - 20:24 | source: Transfermarkt MY | Reading Time: 2 mins
Kedah Darul Aman FC
AFC Cup
AFC CUP 2021 

KDA FC & TFC terlepas peluang beraksi di pentas asia

Segala persiapan rapi pasukan KDA FC dan Terengganu FC hancur musnah apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan mengenai pembatalan saingan Piala AFC 2021, terutamanya bagi zon ASEAN yang melibatkan Kumpulan G, H dan I berikutan tiada negara yang ingin menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi ketiga-tiga kumpulan ini untuk beraksi. 


Kemelut mencari venue yang baru ini adalah berpunca daripada tuan rumah sebelum ini iaitu Singapura yang mengumumkan untuk menarik diri daripada menganjurkan saingan Kumpulan H dan I Piala AFC 2021 yang sepatutnya berlangsung 29 Jun hingga 6 Julai berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 di negara itu.



“Seperti yang kita kata sebelum ini, kita telah serahkan kepada pihak Jawatankuasa Pertandingan AFC untuk buat keputusan mengenai perkara ini.
“Akhirnya, pihak jawatankuasa telah buat keputusan bahawa saingan boleh dibatalkan apabila mana-mana kumpulan tidak dapat menyediakan venue pertandingan.


“Oleh itu, setelah tidak ada venue yang ditawarkan oleh mana-mana pihak (negara), kita membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala AFC ini bagi zon ASEAN yang melibatkan saingan bagi Kumpulan G, Kumpulan H dan juga Kumpulan I,” jelas Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul kepada sebuah akhbar tempatan (Sinar Harian).


Kekecewaan ini pasti dirasai oleh Aidil Sharin (Ketua Jurulatih KDA FC) dan Nafuzi Zain (Ketua Jurulatih TFC) apabila masing-masing pasti giat menyiapkan pasukan terbaik mereka untuk beraksi di pentas Asia. Mengambil dari sudut positif, KDA FC dan TFC pasti akan berusaha untuk melayakkan diri sekali lagi ke AFC 2022 kerana pasukan mereka masih berada di kelompok tiga teratas Liga Super Malaysia selepas 13 perlawanan.


 


 


 

Homepage  
Hakimi Abdullah
Date of Birth/Age: 09.11.1999 (21)
Nat.:  Malaysia
Current club: Terengganu FC
Contract until: -
Position: Left Winger
Market Value: 100 k €
Baddrol Bakhtiar
Date of Birth/Age: 01.02.1988 (33)
Nat.:  Malaysia
Current club: Kedah Darul Aman FC
Contract until: -
Position: Central Midfiel
Market Value: 300 k €
Aidil Sharin
Date of Birth/Age: 09.07.1977 (44)
Nat.:  Singapore
Current club: Kedah Darul Aman FC

Contract until: -
In charge since: 08/10/2018
Nafuzi Zain
Date of Birth/Age: 27.10.1978 (42)
Nat.:  Malaysia
Current club: Terengganu FC


In charge since: 16/05/2019
Kedah Darul Aman FC
Total Market Value: 3.21 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 3.
Manager: Aidil Sharin
Squad size: 27
Latest Transfer: Asnan
Terengganu FC
Total Market Value: 2.32 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 2.
Manager: Nafuzi Zain
Squad size: 26
Latest Transfer: Habeeb Haroun