Untuk menggunakan laman web ini, sila aktifkan Javascript.
20.05.2021 - 21:09 | source: Transfermarkt.my | Reading Time: 1 mins
Johor Darul Ta'zim
Bérgson
 

JDT sah ikat Bergson secara pembelian tetap dari Fortaleza

Tanda tanya yang menyelebungi penyokong mengenai status penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva sama ada akan terus bersama pasukan itu atau bakal pulang ke Fortaleza, akhirnya terjawab apabila JDT telah mengesahkan bahawa pemain itu akan kekal bersama kelab gergasi dari Malaysia ini.



Ternyata pinjaman dari kelab Fortaleza itu memberikan impak positif kepada JDT apabila Bergson sudah meledakkan 11 gol selepas membuat 11 penampilan dalam saingan liga elit domestik dan meletakkan kelab itu di takhta liga.



Bergson juga terdahulu pernah menyatakan bahawa liga ini (Liga Malaysia) sangat fizikal dan menjelaskan bahawa sisi taktikal tidak sepenting yang ada di sini, tetapi "tidak pernah mudah" katanya dalam sebuah rancangan Globoesporte terbitan Negara Brazil itu,



Melalui maklumat yang kami terima dari Pengurus Kawasan Brazil, Marcos Watts, yuran perpindahan bagi Bergson adalalah sebanyak US$400,000 (RM 1.6 Juta), Fortaleza sebelum ini meminjamkannya ke JDT dengan nilai pinjaman sebanyak US$100,000 (RM 414,000.00) dengan pilihan klausa pembelian sebanyak US$400,000.


 

Homepage  
Bérgson
Date of Birth/Age: 09.02.1991 (30)
Nat.:  Brazil
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: -
Position: Centre-Forward
Market Value: 400 k €
Johor Darul Ta'zim
Total Market Value: 6.40 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 1.
Manager: Benjamin Mora
Squad size: 33
Latest Transfer: Bérgson