Untuk menggunakan laman web ini, sila aktifkan Javascript.
26.07.2021 - 11:35 | source: transfermarkt.my | Reading Time: 2 mins
Malaysia Super League
Bérgson
Sekilas Liga Super Minggu ke-14 

Derbi Utara ditunda, JDT dan TFC tepati ramalan sebagai paling pasukan bernilai

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Penang FC yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai 2021 di Stadium Darul Aman terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu oleh kerana pemain dari KDA FC telah disyaki positif COVID-19.


Melihat kepada situasi, semestinya penundaan ini pasti akan memberi impak kepada perlawanan di minggu-minggu mendatang yang melibatkan pasukan KDA FC kerana mereka perlu untuk berkuarantin dalam tempoh yang agak panjang.



Sementara itu, Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim(JDT) menepati ramalan mengetepikan lawan masing-masing, TFC yang bermain di laman sendiri dilihat tidak memberi ruang kepada Perak FC apabila TFC telah membenam pasukan dari utara itu 5-0, TFC berjaya mendapatkan tiga gol pada separuh masa pertama.melalui Faisal Abdul Halim, David da Silva menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan susulan kekasaran Rafiuddin Roddin terhadap Faisal Halim dan goal sendiri Charlie Machell yang cuba untuk menghalang hantaran Faiz Nasir, Pemain yang dinilai tinggi oleh Transfermarkt, Hakimi Abdullah dimana beliau mudah menolak masuk bola hantaran lintang daripada Rahmat Makasuf dan gol ke-5 hadir melalui Nik Akif Syahiran menerusi sepakan penalti selepas beliau dikasari Danish Haziq dalam kawasan penalti untuk perlawanan berkesudahan 5-0 memihak Terengganu.


Market Value
Hakimi Abdullah
H. Abdullah Left Winger
100 k €


JDT Dikejutkan Pada Separuh Pertama Sebelum Bangkit


 


Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat menghadapi kesulitan pada penghujung separuh masa pertama apabila UiTM  membuka jaringan pada minit ke-43 itu melalui lorongan baik ke dalam kawasan penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Vinicius.


Usaha JDT membuahkan hasil apabila Arif Aiman terus mencari Gonzalo Cabrera di dalam kawasan penalti lalu meledakkan rembatan padu untuk kembali mengikat kedudukan. Safawi Rasid berjaya mengambil peluang yang terhidang dengan rembatan dalam kawasan penalti meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-71.


Market Value
Bérgson
Bérgson Centre-Forward
400 k €


Bergson Da Silva pemain paling bernilai Liga Malaysia memastikan tiga mata penuh milik JDT dengan mudah menolak masuk bola hantaran dari Akhyar Rashid mengesahkan kemenangan 3-1 memastikan JDT kekal sebagai pendahulu liga ketika ini.

Homepage  
Latest news
Super League
Johor DT
Terengganu FC
KDA FC
16.09.2021 12:01 Johor Darul Ta'zim JDT Juara Liga Super, Penilaian pemain akhir musim bermula!
Bérgson
Date of Birth/Age: 09.02.1991 (30)
Nat.:  Brazil
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: -
Position: Centre-Forward
Market Value: 400 k €
Hakimi Abdullah
Date of Birth/Age: 09.11.1999 (21)
Nat.:  Malaysia
Current club: Terengganu FC
Contract until: -
Position: Left Winger
Market Value: 100 k €
Arif Aiman
Date of Birth/Age: 04.05.2002 (19)
Nat.:  Malaysia
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: 31/12/2022
Position: Right Winger
Market Value: 125 k €
Johor Darul Ta'zim
Total Market Value: 6.05 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 1.
Manager: Benjamin Mora
Squad size: 32
Latest Transfer: Bérgson
Terengganu FC
Total Market Value: 2.32 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 4.
Manager: Nafuzi Zain
Squad size: 28
Latest Transfer: Habeeb Haroun
Kedah Darul Aman FC
Total Market Value: 3.21 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 2.
Manager: Aidil Sharin
Squad size: 29
Latest Transfer: Asnan