Untuk menggunakan laman web ini, sila aktifkan Javascript.
30.06.2021 - 15:55 | source: Transfermarkt MY | Reading Time: 3 mins
Malaysia Super League
Bérgson
Update Nilai Pasaran Liga Super Malaysia 

Arif dan Hakimi Pemain Muda paling bernilai - Bergson Kekal Teratas

Setelah Sekian lama tidak dikemaskini akhirnya Transfermarkt Malaysia hadir dengan pembaharuan nilai pasaran pemain yang bermain di Liga Super Malaysia secara besar-besaran.


Menggunakan data dari 13 perlawanan liga dan status panggilan ke skuad kebangsaan menjadi pengukur kepada nilai pemain buat masa ini. Untuk makluman, penilaian akan dibuat secara berkala supaya penilaian pemain pada hujung musim akan lebih tepat dan relevan untuk digunakan di masa hadapan.


“Untuk pengetahuan anda juga, nilai pasaran bukanlah tanda harga atau nilai kontrak untuk pemain tersebut. Nilai tersebut diambil kira dari pelbagai faktor antaranya umur, jangka hayat kontrak, prestasi pemain, dan status panggilan ke skuad kebangsaan.” Jelas Faqrul.


Seperti yang kita tahu pademik COVID-19 banyak merencatkan perjalanan kempen Liga Super Malaysia dan secara tidak langsung menganggu prestasi pasukan dan pemain itu sendiri, tetapi disebalik kesulitan yang berlaku beberapa pemain dilihat menyerlah pada musim ini.


Bérgson menjadi pemain Paling Berharga di Liga Malaysia Ketika Ini


Market Value
Bérgson
Bérgson Centre-Forward
400 k €


Bérgson dari Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pemain import dan pemain paling bernilai di Liga Malaysia ketika ini. Walaupun berlaku penurunan sebanyak RM 123,000 akibat perpindahan beliau dari Fortaleza (Serie A Brazil), beliau masih kekal sebagai pemain paling bernilai dengan nilai pasaran sebanyak RM 2.2 juta. “Prestasi beliau sangat memberangsangkan, walaupun baru musim pertama beliau di Liga Super Malaysia, Bérgson sudah meledak 11 gol dari 11 penampilan beliau. “Ternyata pembelian JDT sangat berbaloi!” jelas Faqrul kepada Transfermarkt.


Stats
Bérgson
Bérgson Centre-Forward
Fortaleza Esporte Clube
Fortaleza Esporte Clube
Season 20/21
Série A
Games
19
Goals
3
Assists
0


Dengan penilaian yang memberangsangkan ia telah meletakkan JDT sebagai kelab paling berharga di Malaysia ketika ini dengan nilai pasaran kelab sebanyak RM 29 juta. Nilai JDT juga dibantu oleh beberapa pemain lain seperti Leandro Velazquez (RM 1.7 juta), Gonzalo Cabrera (RM 1.7 juta) dan Safawi Rasid (RM 1.4 juta).



Ariff dan Hakimi Pemain Muda Paling Menyerlah di Liga Super


Ariff Aiman seperti yang dijangka akan mempunyai nilai pemulaan tertinggi di Liga Malaysia, pemain muda yang baru berumur 19 tahun ini telah meletakkan harga beliau sebanyak RM 600,000. Menurut Faqrul, “Ariff Aiman antara pemain yang sangat matang di atas padang, walaupun masih muda beliau cepat menyesuaikan diri dan penampilan beliau bersama JDT memberi impak yang sangat positif sehingga dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan!”


Market Value
Arif Aiman
A. Aiman Right Winger
125 k €


Ia juga diikuti oleh pemain muda Terengganu FC, Hakimi Abdullah yang dinilai sebanyak RM 493,000 untuk permulaan karier beliau sebagai pemain bolasepak professional. Walaupun tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan ini tidak menjadi halangan kepada pemain muda itu untuk meletakkan diri beliau dalam senarai pemain muda terbaik di Liga Super Malaysia.


Market Value
Hakimi Abdullah
H. Abdullah Left Winger
100 k €



Baddrol Bakhtiar dari Kedah Darul Aman (KDA FC) diletakkan sebagai pemain tengah terbaik di Liga ketika ini, walaupun pernah dikritik tidak relevan oleh penyokong, Baddrol dilihat menggunakan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk beliau bangkit. Selepas 13 perlawanan liga. Baddrol muncul penjaring tempatan terbanyak di Liga Super Malaysia dengan 4 gol dan nilai pasaran ketua pasukan KDA FC itu kekal dengan RM 1.4 juta.


Market Value
Syafiq Ahmad
S. Ahmad Centre-Forward
150 k €


Nasib berbeza diterima oleh Syafiq Ahmad (JDT) apabila nilainya menurun sebanyak RM 370,000. Punca penurunan Syafiq dipengaruhi oleh persaingan untuk mendapatkan tempat di skuad utama dan sedikit penurunan moral selepas kemalangan beliau pada tahun lepas. Walaupun berlaku penurunan terhadap Syafiq, Pemain penyerang JDT itu masih diberi kepercayaan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe untuk berada di dalam skuad kebangsaan dan kepercayaan untuk dibalas dengan aksi beliau yang mendapat pujian dari penyokong bolasepak di Malaysia.


 

Homepage  
Latest news
Super League
Johor DT
KDA FC
Terengganu FC
18.07.2021 22:47 EURO 2020 Donnarumma pemain terbaik EURO 2020 - Itali empat kali dalam kedudukan 5 teratas
07.07.2021 20:24 Kedah Darul Aman FC KDA FC & TFC terlepas peluang beraksi di pentas asia
02.07.2021 14:41 Without Club Messi kehabisan kontrak untuk pertama kalinya!
27.06.2021 00:55 Liverpool FC Nilai pasaran England: Duo Liverpool, Salah & Mané paling menurun - Ndidi meningkat
Bérgson
Date of Birth/Age: 09.02.1991 (30)
Nat.:  Brazil
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: -
Position: Centre-Forward
Market Value: 400 k €
Safawi Rasid
Date of Birth/Age: 05.03.1997 (24)
Nat.:  Malaysia
Current club: Johor Darul Ta'zim
Contract until: 30/11/2022
Position: Right Winger
Market Value: 300 k €
Baddrol Bakhtiar
Date of Birth/Age: 01.02.1988 (33)
Nat.:  Malaysia
Current club: Kedah Darul Aman FC
Contract until: -
Position: Central Midfiel
Market Value: 300 k €
Johor Darul Ta'zim
Total Market Value: 6.40 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 1.
Manager: Benjamin Mora
Squad size: 33
Latest Transfer: Bérgson
Kedah Darul Aman FC
Total Market Value: 3.21 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 3.
Manager: Aidil Sharin
Squad size: 27
Latest Transfer: Asnan
Terengganu FC
Total Market Value: 2.32 m €
Competition: Malaysia Super League
Position: 2.
Manager: Nafuzi Zain
Squad size: 26
Latest Transfer: Habeeb Haroun